PANDUAN MENYIMPAN
Secara umumnya panduan menyimpan emas ada banyak cara dan terserah kepada individu itu sendiri. Yang penting keinginan untuk menyimpan mesti kuat berbanding nafsu untuk belanja. Dalam konteks simpan emas QM, anda mesti kena ada sedikit pengetahuan tentang produk emas yang QM tawarkan. Hal ini kerana produk emas QM bukan semata-mata simpanan tetapi ada juga produk emas yang ditawarkan dalam bentuk simpanan pajakan dan simpanan pelaburan.
Senang untuk kita faham tentang simpanan emas dan simpanan pajakan kerana terdapat di semua kedai emas dan bank, namun untuk kita faham tentang simpanan pelaburan yang ditawarkan oleh QM agak sukar jika kita tidak mempunyai maklumat yang tepat.
Dalam kesempatan kali ini, saya akan menerangkan panduan simpan emas QM yang melibatkan simpanan pelaburan dengan modal yang agak rendah dan mampu disertai oleh kebanyakan orang. Produk yang dimaksudkan ialah GAE5X. GAE5X ialah produk pelaburan emas yang melibatkan pembiayaan yang diberikan oleh syarikat bagi tujuan untuk menggandakan pelaburan kita menjadi 5X ganda modal asal. GAE5X ini dikira dalam bentuk lot di mana 1 lot bernilai USD 25. Nilai ini jika ditukarkan kepada RM ia berjumlah kurang lebih RM110.
Justeru, pelabur yang membeli 1 lot, syarikat akan menggandakan jumlah pelaburan menjadi 5 lot. Sebab itu nama produk ini GAE5X. Penting untuk kita faham bahawa pelaburan ini masih terikat dengan nilai emas fizikal yang ada dalam pegangan syarikat. Cumanya pelabur tidak diberikan hak simpanan kerana ia perlu dicagarkan sebagai jaminan kepada syarikat yang telah menawarkan pembiayaan sebanyak 5X ganda tersebut.
Oleh kerana emas GAE5X ini dalam simpanan syarikat melalui pihak ketiga (tempat penyimpanan), syarikat mengenakan yuran pengurusan daripada pelabur sebanyak 3.5% setahun (pro rate) dan yuran ini diambil setelah pelabur membuat penjualan semula lot yang dibeli. Pelabur tidak akan dikenakan sebarang bayaran selagi lot yang dibeli belum terjual.
Apabila kita sudah faham konsep dan prinsip produk GAE5X QM, barulah kita boleh mencari formula bagaimana pelaburan ini boleh mendatangkan keuntungan dan pulangan pendapatan kepada para pelabur. Dengan modal yang kecil serta nilai emas yang stabil, saya nasihatkan kita semua menjadikan simpanan pelaburan emas QM ini sebagai alternatif untuk kita menyimpan selain simpanan wang ringgit yang kita ada!
Berdasarkan ilustrasi yang saya lampirkan, tidak mustahil dengan simpanan tetap setiap bulan dalam pelaburan emas GAE5X ini mampu memberi pulangan yang menarik dalam tempoh 10 tahun akan datang. Jika kita sedarkan tentang kepentingan menyimpan, saya rasa tempoh 10 tahun ini tidaklah lama untuk dibuktikan.
UNTUK PERTANYAAN LANJUT, BOLEH WASAP!!
wasap.my/+60185770437 (MOHD ZAKI BIN DAUD)
Ulasan
Catat Ulasan