TIP GANDAKAN SIMPANAN
Kali ini saya ingin berkongsi bagaimana kaedah untuk gandakan simpanan kita. Apa yang saya lakukan ialah membuka AKAUN SIMPANAN EMAS di Quantum Metal. Terdapat banyak syarikat dan bank yang menawarkan akaun emas samada secara digital atau fizikal, tetapi mengapa saya pilih Quantum Metal, bukan di tempat lain.
JAWAPANNYA!, Kita mesti faham tujuan kita ialah untuk gandakan simpanan, jadi kita mesti pilih produk yang sesuai dengan tujuan kita. Berbanding di syarikat dan bank-bank yang lain, Quantum Metal menawarkan MODAL PEMBIAYAAN PELABURAN yang tiada di tempat lain.
Ini bermaksud AKAUN EMAS QUANTUM METAL bukan semata-mata akaun simpanan emas, tetapi akaun simpanan yang membolehkan kita mendapat kemudahan MODAL atau PELABURAN dengan kaedah TAWARRUQ.
Apa yang menarik dan tiada di tempat lain ialah pembiayaan yang ditawarkan oleh Quantum Metal bersandarkan EMAS FIZIKAL 99.99 yang diimport dari PERTH MINT, AUSTRALIA. Quantum Metal dilantik sebagai PENGEDAR SAH di Asia Tenggara.
Jom, kita kaji apakah keuntungan yang kita perolehi daripada pembiayaan ini yang membolehkan kita gandakan simpanan kita. Inilah yang kita perlu tahu dan kaji samada ia menguntungkan kita atau sebaliknya.
Seperti yang saya telah sebutkan , di Quantum Metal, kita bukan sahaja membeli dan menyimpan emas, tetapi syarikat juga menawarkan PAKEJ (SIMPAN/PAJAK) dan juga PAKEJ (SIMPAN/LABUR). Pakej simpan/pajak dan pakej simpan/labur ini ditawarkan dengan pembiayaan secara tawarruq yang telah disahkan oleh negara Malaysia dan Antarabangsa sebagai PRODUK PATUH SYARIAH.
Bagaimana yang dikatakan pembiayaan akaun emas Quantum Metal boleh MENGGANDAKAN simpanan kita dan telah membantu ramai orang menyimpan emas dengan bijak. Baik, sebelum itu, kita mesti tahu dan faham sistem pembiayaan yang diperkenalkan oleh Quantum Metal.
PAKEJ SIMPAN/PAJAK
1. Quantum Metal memperkenalkan akaun GSA dan GCA iaitu simpan dan pajak. Kita boleh mula menyimpan serendah RM10 sehingga paling banyak yang kita mampu di GSA (emas digital dan fizikal). Seperti biasa, apabila kita membeli emas, kita mesti tahu nilai SPREAD, ialah kadar keuntungan jualbeli yang dikenakan oleh syarikat dan kedai emas. Nilai spread ini tidak sama di antara satu sama lain dan syarikat Quantum Metal menetapkan 7% bagi akaun GSA.
Manakala GCA pula ialah akaun pajakan yang mana simpanan emas kita di GSA boleh dipajak kepada syarikat dan ambil semula WANG TUNAI sehingga 85% daripada nilai simpanan. Seperti di syarikat lain, apabila kita membuat pajakan, kita akan dikenakan bayaran upah simpanan.
MENARIKNYA, Quantum Metal tidak mengenakan bayaran upah simpanan kepada kita, sebaliknya hanya mengenakan kos pengurusan sebanyak 3.5% setahun ke atas jumlah wang tunai yang kita terima. PERBEZAAN inilah yang menyebabkan ramai peminat emas dan penyimpan emas beralih kepada syarikat Quantum Metal kerana kos pengurusan yang jauh lebih murah berbanding kos upah simpan di pajak gadai dan kedai emas sehingga 12% setahun.
Dengan melakukan pajakan di GCA, kita boleh BELANJA semula wang tunai kita sementara nilai pegangan emas kita di dalam akaun TETAP sama jumlahnya tidak berkurang. Apabila setiap bulan kita menggunakan wang gaji atau simpanan kita untuk membeli emas di GSA dan kemudian membuat pajakan GCA, tanpa sedar nilai pegangan emas di dalam akaun kita semakin besar.
Semua orang tahu,nilai emas ada pasang suruh dan turun naik harga. PELUANG inilah yang digunakan oleh penyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan dengan membeli dan mengumpul emas kemudian menjual apabila HARGA EMAS meningkat naik.
👉JIKA SAYA HANYA BELANJAKAN WANG GAJI SAYA TANPA MEMBUATKAN GSA/GCA, WANG GAJI SAYA HANGUS BEGITU SAHAJA. DENGAN MENAHAN BELANJA 15% DARIPADA GAJI SAYA, SAYA DAPAT KUMPUL EMAS DAN BELANJA".
👉BEGITU JUGA DENGAN WANG SIMPANAN SAYA, SAYA HANYA MENYIMPAN NILAI YANG ADA SEMATA-MATA TIADA GANDAAN, SEBALIKNYA JIKA SAYA MELAKUKAN GSA/GCA, DALAM MASA YANG SAMA, SAYA DAPAT KUMPUL EMAS DAN JUGA MENYIMPAN."
👉INILAH TIP GANDAKAN SIMPANAN YANG INGIN SAYA BERKONGSI DENGAN TUAN-TUAN. PILIHAN DI TANGAN TUAN-TUAN, SAMADA TUAN-TUAN INGIN MENGUMPUL EMAS DENGAN DUIT GAJI ATAU NAK BIARKAN IA HANGUS BEGITU SAHAJA. SAMA JUGA DENGAN SIMPANAN TUAN-TUAN, NAK GANDAKAN DENGAN KUMPUL EMAS ATAU NILAI SIMPANAN SEMATA-MATA".
DI SINI SAYA LAMPIRKAN PENYATA AKAUN EMAS SAYA DAN KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN DI QUANTUM METAL.
1. SURAT PEMBELIAN/SIJIL
SETIAP PEMBELIAN AKAN MENERIMA SURAT ATAU SIJIL EMAS YANG MEREKODKAN JUMLAH PEMBELIAN/MODAL PEMBIAYAAN/KOS PENGURUSAN YANG LENGKAPREKOD SETIAP KALI KITA MEMBUAT PEMBELIAN/JUALAN/PEMINDAHAN SEMUANYA JELAS TERCATAT.
PAKEJ SIMPAN/LABUR
Ulasan
Catat Ulasan